Thursday, May 22, 2008

Selamat Bercuti

Selama dua minggu bermula dari 24 May hinggalah 7 Jun anak-anak bercuti sekolah. Memang jelas kelihatan wajah-wajah gembira di hari akhir persekolahan, maklumlah mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti-aktivi lain.

Tapi ingat, sama-samalah kita mengawasi aktiviti mereka agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak di ingini. Masa cuti yang singkat ini juga haruslah kita menafaatkan agar kita benar-benar dapat 'mengenali' anak-anak kita, maklumlah kebanyakan kita amat sibut dengan tugas seharian dan mungkin tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak ketika musim persekolahan.

Have an enjoyable holiday!!!

p.s

1. PIBG akan meneruskan aktiviti-aktivi pembaikan dan pemulihan insfrastruktur (di mana yang mampu!) sepanjang cuti sekolah untuk keselesaan anak-anak bila kembali bersekolah selepas cuti nanti.

2. Terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberikan cadangan-cadangan melalui ruangan 'comment' di blog ini, insyALlah kita akan sama-sama meneliti komen-komen tersebut dan menjalankan pembaikan di mana termampu.

Banyak lagi yang perlu kita bantu



Untuk makluman semua, kita telah pun berjaya menurap semula kelas 2c8/4c8 dengan jaya semasa cuti sekolah yang lalu dan kini anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Kos keseluruhan ialah sebanyak RM3 500.
Sewaktu menjalankan kerja-kerja penambahbaikan tersebut, kami juga dapati terdapat beberapa buah pintu tandas yang amat teruk keadaannya (lihat gambar) dan telah pun meminta pihak kontraktor yang sama untuk memasangkan pintu-pintu yang baru. Tiga buah pintu telah dipasangkan dan harga keseluruhannya ialah sebanyak RM 800.
InsyaAllah, gambar sebelum dan selepas penambahbaikan ini akan disiarkan di blog ini sedikit masa lagi.
Nampaknya kita perlu menambah dana tabungan kita untuk membolehkan kita menjalankan banyak lagi aktiviti-aktiviti. Jadi bagi anda yang sudi untuk berderma silalah berbuat demikian. Sebagai menyahut cadangan yang dihantarkan kepada blog ini, no akaun bank telah pun disiarkan di panel sebelah kanan blog untuk membolehkan segala derma disalurkan.
Let's do it for our children...

Kesiannya... mari kita lakukan sesuatu!

"Kesiannya..." itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut kami apabila dibawa oleh Pn GB melawat kelas-kelas dengan lantai yang dipenuhi lopak-lopak. "Inilah akibatnya apabila pemaju 'curi' simen" mencelah salah seorang dari kami.

Sekolah yang nampak gah dari luar dan berada dalam lokasi 'middle-class', rupanya telah dibina dengan menggunakan bahan binaan sub-standard dan diterukkan lagi dengan perbuatan-perbuatan men'curi' sebegini! Lopak-lopak sebesar 2 kaki persegi dan sedalam hampir 4 inci bukan saja boleh menyebabkan kecedaraan jika kaki terjerlus, malah juga boleh membahayakan kesihatan kerana debu-debu pasir dan simen sentisa berterbangan keluar dari reakahan-rekahan.

"Kalau kita nak tunggu pihak yang berwajib untuk bertindak, dululah lopak jadi lobang dan mungkin setelah ada anak-anak yang terbolos maka barulah bantuan akan sampai" begitulah bunyi kesimpulan dari kumpulan kami. Resolusi kami ialah, untuk segera bertindak!

Terima kasih kepada pihak GB yang telah membawakan usul ini ke dalam mesyuarat yang lalu dan juga telah sudi membawa kami melawat ke kelas-kelas yang berkaitan. Terima kasih kepada kepada AJK PIBG yang telah berjaya mendapatkan khidmat kontraktor yang sanggup melakukan kerja-kerja rendering sewaktu cuti sekolah minggu depan.

Kos untuk mebaik pulih (mengetuk dan me'render') kelas ialah sebanyak RM 3 500/kelas. Sebagai permulaan kami akan membaik pulih kelas 2C8 , kelas yang paling teruk berlopak (seperti dalam gambar).

Jika ada di kalangan tuan/puan yang ingin menjadi 'sponsor' kepada projek ini, sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan. Bantulah anak-anak untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.








Tuesday, May 20, 2008

Rancangan Sesi 07/08

Berdasarkan kepada usul-usul yang telah disampaikan oleh tuan/puan melalui Mesyuarat Agung yang lepas, pihak PIBG telah membuat keputusan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk sesi ini berdasarkan projek (project-based). Sebanyak empat jenis projek telah dikenalpasti iaitu seperti berikut (nama co-leader dinyatakan dalam kurungan) :
1. Projek Komunikasi (Pn. Noorhamiza & Pn Lailawati)
2. Projek Keselamatan (Dr.Amin & En. M. Azraai)
3. Projek Akadmik (Dr.Fariza & En.Roslan), dan
4. Projek Penambahan Dana (En.Suwaminathan & En. M Said)
Sebagai permulaan, kami bercadang mengendalikan aktiviti-aktiviti yang bersaiz kecil/sederhana, mampu (doable) dikendali dan dijalankan dalam masa yang singkat memandangkan jadual aktiviti sekolah yang sangat padat. Posting berikutnya akan memaparkan sebahagian dari aktiviti-aktiviti tersebut.

Please come back for more update!

Kenali AJK PIBG sesi 2007/08

Ingin hubungi kami? Memang ramai antara kita yang masih kurang kenal mengenali wakil-wakil ibubapa yang menganggotai JK PIBG untuk sesi 07/08. InsyAllah, kami akan cuba meyelitkan gambar-gambar mereka apabila mempunyai database yang lebih lengkap. Buat masa ini, biarlah dimulakan dengan memaparkan email dahulu,dan jika pembaca ingin mendapatkan informasi selanjutnya, hubungilah mana-mana AJK yang berkaitan:
Penasihat: PN. HJH ASNANIAR BT. HJ ALIAS (Guru Besar SKj4)
YDP: DR. MAZALAN B. KAMIS: mazalan.kamis@gmail.com
Naib YDP: EN. ABU DARDA B. OMAR: abudardaomar@aism.edu.my
Setiausaha: PN. SALAMIAH BT. HASAN (guru): salamiahhasan@yahoo.com.my
Bendahari: CIK ZARIFAH YASRANI BT. ZULKEFLE (guru): takkyas@yahoo.com
Naib Bendahari: PN. HATIMAH B. HAMID: hatimah@anm.gov.my

AJK Ibu Bapa:
DR. AMINUDDIN B. HASSAN: aamin@educ.upm.edu.my
DR. FARIZA BT. MD SHAM: farisham@ukm.my
EN. V.S. SUWAMINATHAN:
EN. ROSLAN B. MOHAMED: roslanbadcmy@hotmail.com
PN. NOOR HAMIZA BT AZAHAR: miza@mmu.edu.my
PN. LAILAWATI BT HUSAIN: lailawati@bheuu.gov.my

AJK Guru:
EN. NORULAZMAN B. MOHD NOOR: man-pekan@hotmail.com
EN. MOHD KAMARUL B. YUNUS:
PN. NOR FADILAH BT. SAAT:
PN. SHARIFAH BT. AB. MAJID: sharifahnizar@yahoo.com
PN. MAZNAH BT. EMBONG: Maznah_5@yahoo.com.my

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
EN. MOHD SAID B. JAAFAR: saidj@technip.com
EN. MOHD AZRAAI B. MD AZNAN: mama@anm.gov.my

Monday, May 19, 2008

Selamat Datang Warga SKj4


Assalamualaikum dan Selamat Datang kepada semua warga SKj4 ke blog komuniti ini. Blog ini diujudkan khas sebagai meningkatkan jalur komunikasi di antara kita semua warga SKj4 BBBangi dengan pihak sekolah serta PIBG. Anda semua dijemput untuk meninggalkan komen atau berinteraksi secara online tentang sebarang perkara yang boleh membantu meningkatkan kesefahaman diantara kita semua dengan pihak sekolah.Semuga dengan kesefahaman yang dapat terjalin nanti akan meningkatkan lagi keupayaan untuk anak-anak kita meningkatkan ilmu dan mendapat pendidikan berkesan di sekolah.
Blog ini blog anda, gunakan lah ia sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.
Jemput masuk,
YDP PIBG 07/08