Thursday, June 19, 2008

Gotong Royong Perdana 2008 - Apa sumbangan anda?

Dah dapat surat jemputan?

Aktiviti Gotong Royong Perdana SKJ4 2008 akan dijalankan untuk membersihkan kawasan laluan bagi pintu masuk tambahan. Aktiviti ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Jun 2008 (Hari Sabtu)
Masa: 8-10 pagi
Tema: Keselamatan Keutaman Bersama


Bagaimana anda boleh menyumbang?

Samada anda:
1. hadir dan sama-sama membersihkan kawasan yang ditentukan -pastikan anda membawa peralatan-peralatan yang bersesuaian (cangkul, parang, mesin potong rumput, beg plastik dll)

2. hadir dan menyumbang atau terlibat dalam penyediaan makanan/minuman/kewangan
untuk majlis tersebut.

3. tidak dapat hadir tapi menyumbang bantuan (RM) kewangan untuk membuat laluan baru ini.

Datanglah beramai-ramai dan menyumbang ke arah kebajikan anak-anak.

Jumpa nanti ya!

Wednesday, June 18, 2008

Kesesakan yang melampau

Pertambahan bilangan pelajar serta pintu keluar masuk tunggal telah menyebabkan kesesakan yang melampau dan membahayakan. Gambar-gambar di bawah membuktikan bahawa kita perlu berbuat sesuatu sebelum tragedi menimpa anak-anak kita.

Kereta, bas, motosikal, basikal dan murid-murid sama-sama berebut tempat di atas jalan raya!
Saban hari anak-anak kita terpaksa meredah bahaya akibat kesesakan teruk di depan sekolah setiap kali masa mula dan tamat persekolahan.




Kereta di letakkan berlapis-lapis kerana ketiadaan sistem laluan yang sempurna.
Pada hari Sabtu ini (21 hb Jun 2008) satu majlis gotong royong akan diadakan bagi membuka laluan tambahan yang diharap akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Saya merayu penglibatan aktif anda semua agar kita dapat menjayakan majlis ini dengan sempurna.
Posting berikutnya akan memperincikan pelan tindakan gotong royong tersebut.
Please come back and check on the blog as often as possible.





Thursday, June 12, 2008

Cepatnya cuti berlalu...

It's back to school again...

Memang cepat sungguh masa berlalu, tiba-tiba saja dah dua minggu! Cuti dah habis, dan kini dah hampir seminggu anak-anak bersekolah semula. Masa terlalu singkat dan cepat berlalu. Sama-samalah berdoa agar anak-anak dapat melalui dunia persekolahan yang menggembirakan dan penuh bermakna.

Banyak lagi posting yang masih dalam pipeline, hepefully I will be able to get them posted soon. Bagi mereka yang berminat untuk menulis kepada blog ini, idea dan penulisan anda amat dialu-alukan. Hubungilah saya atau mana-mana AJK PIBG kita.