Tuesday, October 11, 2011

Aktiviti Sekolah bagi bulan Oktober & November 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua ibubapa,

Berikut adalah merupakan aktiviti yang dijadualkan kepada semua pelajar bagi bulan Oktober & November 2011


  1. Peperiksaan Akhir Tahun 2011 - dari 17 Oktober - 21 Oktober 2011

  2. Cuti Sekolah sempena perayaan Depavalli - 24 Oktober - 28 Oktober 2011

  3. Lawatan Sambil Belajar bagi pelajar Tahun 6 ke Cameron Highlands - dari 3 November - 4 November

  4. Aktiviti Korban sempena Hari Raya Aidiladha - pada 9 November 2011

  5. Keputusan UPSR 2011 (dijangkakan pada 10 / 11 November 2011)

  6. Karnival Nasyid - 14 November 2011 - 15 November 2011

  7. Hari Anugerah Kecemerlangan Murid - 17 November 2011

Maklumat Tambahan :


Bagi aktiviti 4. Bagi para ibubapa yang berminat untuk menyertai acara adalah dialu-alukan ke sekolah pada hari tersebut.


Bagi aktiviti 5. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.


Peringatan mesra kepada ibubapa pelajar tahun 6 :


1. Adalah diminta untuk memastikan para pelajar membuat pendaftaran untuk memasukki sekolah berasrama penuh (SBP) melalui talian terus di laman web Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my segera. Tarikh tutup adalah pada 15 Oktober 2011.


2. Sekiranya berminat untuk memasukki sekolah Maktab Rendah Sains Mara - pastikan melayari laman MARA


3. Pengisian borang bagi memasukki Sekolah Menengah Jalan 4 / Yayasan Negeri, perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas keputusan UPSR dikeluarkan. (maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa)