Monday, February 23, 2009

Mesyuarat Agung PIBG SKJ4 Kali Ke-7

Untuk makluman semua Mesyuarat Agung Kali Ke-7 persatuan kita akan dilangsungkan pada 28 hb Feb 2009. Butiran mengenai mesyuarat ini adalah seperti berikut:
Hari: Sabtu (28.02.09)
Masa: 8 pagi
Tempat: Foyer, SKJ4

Mesyuarat ini nanti akan memilih wakil-wakil ibubapa yang bakal menerajui PIBG untuk sesi 09/10.
Juga, sebagai langkah penjimatan, Laporan PIBG tidak lagi dihantar kepada setiap ahli tapi ianya boleh di capai secara online di sini:
Laporan Mesyuarat Agung 2009

Di harap tuan/puan dapat mencetakkan sendiri dokumen ini dan membawanya bersama ketika menghadiri mesyuarat ini.
Kami berharap tuan/pun akan dapat menghadirkan diri dan sama-sama menyumbangkan idea-idea bernas yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan pendidikan anak-anak iita di SKJ4.
InsyaAllah jumpa nanti !

Tuesday, February 17, 2009

Pembukaan Laluan Bangi Perdana ke SKJ4

1. Sebagaimana yang tuan/puan maklum, pihak PIBG dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan keselamatan anak-anak kita yang bersekolah di SKJ4. Hasil daripada sekongan padu tuan/puan, satu laluan tambahan yang baru dibina dari Bangi Perdana ke SKJ4 telah pun berjaya disiapkan yang diharap akan dapat mengurangkan kesesakan di laluan utama dan meningkatkan keselamatan murid-murid.

2. Sehubungan dengan itu, adalah di maklumkan bahawa laluan baru ini, yang dipanggil Laluan Bangi Perdana (LBP), akan mula beroperasi mulai 23 hb Feb 2009 (bersamaan hari Isnin).

3. Untuk meningkatkan lagi keselamatan, laluan ini akan hanya dibuka pada hari persekolan pada waktu-waktu berikut:

3. Semua murid-murid yang tinggal di Bangi Perdana, Sekyen 3 Tambahan dan kawasan-kawasan berhampiran, serta datang ke sekolah secara berjalan kaki, menunggang basikal atau dihantar dengan kereta persendirian adalah digalakkan untuk menggunakan laluan ini. (bold) Bagi yang datang dengan bas/van sekolah mereka mestilah menggunakan laluan masuk utama seperti sekarang. Bas/van sekolah adalah dilarang sama sekali untuk menurun atau mengambil murid dari LBP.

4. Saya ingin menyeru kepada tuan/puan untuk meninjau kawasan laluan ini terlebih dahulu dan seterusnya menasihatkan anak-anak tentang bagaimana menggunakannya dengan betul dan selamat. Ambillah tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kawasan lawatan sentiasa selamat digunakan.

Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di kawasan berhampiran serta meningkatkan keselesaan anak-anak bersekolah. Jika tuan/puan mempunyai sebarang saranan, sila sampaikan kepada kami melalui http://skj4-bbbangi.blogspot.com/

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Bersama kita mendidik!

Selamat Bersua Kembali

Setelah sekian lama menyepi, blog ini kembali aktif di arena maya. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tugas untuk posting blog ini terpaksa dihentikan sejak beberapa bulan lalu. Harapan saya, dengan janji-janji bahawa ada di antara kita yang sanggup membantu dalam mengendalikan blog ini, maka ianya akan dapat bertahan lebih lama dan berupaya menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan persekolahan anak-anak kita di SKJ4 dengan lebih berkesan.
Selamat bersua kembali!!!