Wednesday, February 29, 2012

Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia

Salam dan Salam 1Malaysia

Untuk makluman semua ibubapa / penjaga anak-anak cemerlang SKJ4 BBBangi, dokumen ini adalah merupakan soalan-soalan lazim berkaitan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang sewajarnya diambilmaklum oleh kita semua di dalam memastikan kejayaan proses pembelajaran anak-anak tuan/puan.

Di antara dasar-dasar KPM sekarang adalah
  1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  2. Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  3. Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)
  4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  5. Satu Murid Satu Sukan (1Murid 1Sukan)

Sila klik kepada link berikut bagi memperolehi dokumen tersebut.


Thursday, February 23, 2012

Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2012

Untuk makluman perakuan penyata kewangan oleh YDP dan Bendahari serta pengesahan oleh Pemeriksa Kira-kira tidak disertakan di dalam Buku Program dan Laporan Tahunan PIBG 2011 atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Sila klik Lampiran ini untuk catatan tuan. Lampiran Perakuan

Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan 4 BBBangi

Terdapat kesilapan maklumat tarikh mesyuarat dalam makluman terdahulu.

Berikut adalah adalah maklumat tepat :

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga selesai
Tempat : Foyer SKJ4

Pihak urusetia memohon maaf diatas kesilapan yang berlaku. Segala kesulitan adalah amat dikesali.



Dokumen mesyuarat, sila rujuk kepada siaran terdahulu.

Sunday, February 19, 2012

Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Empat kali ke 10


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaaan Jalan Empat kali 10 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut

Tarikh : 24 Februari 2012 (Kesilapan tarikh: Tarikh sebenar 25 Februari 2012 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - selesai
Tempat : Foyer SK Jalan Empat

Sebagai langkah berjimat dan sejajar dengan perkembangan semasa, pihak PIBG tidak akan mengedarkan Buku Laporan Mesyuarat Agong PIBG SKJalan Empat sebaliknya boleh dimuatturun dan dicetak dari laman blog http://skj4-bbbangi.blogspot.com/
Berikut adalah dokumen-dokumen yang berkaitan :

p.s. Tuan / puan di nasihatkan buat cetakan pada dokumen & muka surat yang diperlukan sahaja. Marilah kita menyokong kempen mengurangkan penggunaan kertas.