Tuesday, June 29, 2010

Buku Laporan Kemajuan Pelajar (ADAP)

Untuk makluman ibubapa, pihak sekolah akan menyerahkan buku laporan kemajuan pelajar (ADAP) bagi Tahun 1 - 6 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Julai 2010

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Kelas Pelajar

Sehubungan dengan itu semua ibu / bapa / penjaga adalah dijemput hadir ke sekolah untuk mendapatkan buku kemajuan tersebut. Pengedaran buku ADAP ini akan dilakukan serentak bagi tahun 1 - 6 oleh guru kelas masing-masing. Ibu bapa / penjaga pelajar tahun 1 - 5 digalakkan untuk tidak membawa pelajar bersama-sama bagi mengelak kesesakan didalam kelas. Walaubagaimanapun ibu bapa / penjaga pelajar tahun 6 diperlukan hadir bersama-sama anak masing-masing. Sekian harap maklum.

Aktiviti Persekolahan

Salam kepada semua ibubapa, berikut merupakan perancangan aktiviti di Sekolah Kebangsaan Jalan 4 bagi penghujung bulan Jun dan bulan Julai 2010.

Bagi Pelajar Tahun 6




  1. 30 Jun 2010 - Program Motivasi anjuran bersama pihak sekolah dan pihak Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia. Program motivasi ini akan dikendali oleh Dr. Ismail Zain yang merupakan motivator terkenal dan pendidik serta kolumnis akhbar sisipan pendidikan Utusan Malaysia. Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikutip dari semua pelajar tahun 6 bagi menampung sebahagian perbelanjaan program tersebut.


  2. 1 Julai 2010 - Program Solat Hajat bertempat di surau Bangi Perdana . Program bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan segala urusan pembelajaran anak-anak tahun 6 agar mencapai keputusan cemerlang semasa menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Program akan bermula dari solat maghrib, diikuti dengan bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat dilakukan selepas solat Isyak. Semua pelajar tahun ditemani ibubapa dijemput hadir bersama-sama bagi menjayakan program ini. Makanan dan minuman disediakan.

Bagi Pelajar Tahun 4 & 5


  1. Program perkhemahan untuk pelajar tahun 4 akan diadakan pada 21 Julai 2010, manakala untuk pelajar tahun 5 akan diadakan 23 - 24 Julai 2010. Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.




  2. Program perkhemahan bagi pelajar akan diadakan pada 23 & 24 Julai 2010. Tujuan perkhemahan adalah memu









Tuesday, June 1, 2010

Kelas Tambahan bagi pelajar Tahun 6

Adalah dimaklumkan kelas tambahan bagi pelajar Tahun 6 akan diadakan pada minggu kedua cuti sekolah seperti berikut


  • Tarikh : 14 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010

  • Masa : 8.00 pagi - 12.35 tengahari

Sehubungan dengan itu para ibu bapa / penjaga yang terlibat agar dapat memastikan pelajar menghadiri kelas tambahan tersebut.