1. Sebagaimana yang tuan/puan maklum, pihak PIBG dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan keselamatan anak-anak kita yang bersekolah di SKJ4. Hasil daripada sekongan padu tuan/puan, satu laluan tambahan yang baru dibina dari Bangi Perdana ke SKJ4 telah pun berjaya disiapkan yang diharap akan dapat mengurangkan kesesakan di laluan utama dan meningkatkan keselamatan murid-murid.
2. Sehubungan dengan itu, adalah di maklumkan bahawa laluan baru ini, yang dipanggil Laluan Bangi Perdana (LBP), akan mula beroperasi mulai
23 hb Feb 2009 (bersamaan hari Isnin).
3. Untuk meningkatkan lagi keselamatan, laluan ini akan hanya dibuka pada hari persekolan pada waktu-waktu berikut:
3. Semua murid-murid yang tinggal di Bangi Perdana, Sekyen 3 Tambahan dan kawasan-kawasan berhampiran, serta datang ke sekolah secara berjalan kaki, menunggang basikal atau dihantar dengan kereta persendirian adalah digalakkan untuk menggunakan laluan ini. (bold) Bagi yang datang dengan bas/van sekolah mereka mestilah menggunakan laluan masuk utama seperti sekarang.
Bas/van sekolah adalah dilarang sama sekali untuk menurun atau mengambil murid dari LBP.4. Saya ingin menyeru kepada tuan/puan untuk meninjau kawasan laluan ini terlebih dahulu dan seterusnya menasihatkan anak-anak tentang bagaimana menggunakannya dengan betul dan selamat. Ambillah tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kawasan lawatan sentiasa selamat digunakan.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di kawasan berhampiran serta meningkatkan keselesaan anak-anak bersekolah. Jika tuan/puan mempunyai sebarang saranan, sila sampaikan kepada kami melalui
http://skj4-bbbangi.blogspot.com/Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Bersama kita mendidik!