Thursday, June 19, 2008

Gotong Royong Perdana 2008 - Apa sumbangan anda?

Dah dapat surat jemputan?

Aktiviti Gotong Royong Perdana SKJ4 2008 akan dijalankan untuk membersihkan kawasan laluan bagi pintu masuk tambahan. Aktiviti ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Jun 2008 (Hari Sabtu)
Masa: 8-10 pagi
Tema: Keselamatan Keutaman Bersama


Bagaimana anda boleh menyumbang?

Samada anda:
1. hadir dan sama-sama membersihkan kawasan yang ditentukan -pastikan anda membawa peralatan-peralatan yang bersesuaian (cangkul, parang, mesin potong rumput, beg plastik dll)

2. hadir dan menyumbang atau terlibat dalam penyediaan makanan/minuman/kewangan
untuk majlis tersebut.

3. tidak dapat hadir tapi menyumbang bantuan (RM) kewangan untuk membuat laluan baru ini.

Datanglah beramai-ramai dan menyumbang ke arah kebajikan anak-anak.

Jumpa nanti ya!

4 comments:

sitinorsamsiah said...

Sy dah dpt circular tersebut. OK idea buat pintu tambahan tersebut. Sy pun tak terfikir sebelum ni. Kelas idea u all - thinking out of the box. InsyaAllah sy dtg, join dlm gotong royong tersebut.
Sy nak komen ttg hardcopy circular distribution. Anak sy ada Thn 2, Thn 4 & Thn 6. Tiga2 bw balik circular yg sama, 3 keping kertas yg sama. Rs mcm membazir aje, masa ni brg semua dah mahal, mula jimatkan kertas pun langkah permulaan yg baik. Apa kata kita letakkan circular dlm blog ni, jd parents boleh baca. Kdg2 anak kita pun dia selective juga nak tunjuk circular yg mana kat kita. Klau circular kena datang hari Sabtu, dia simpan dlm beg sekolah, kita pun tak tahu.
For the beginning, kita kena buat awareness campaign. Mention dalam hardcopy circular, yang pd masa dtg (ada cut-off date), circular akan ada kat blog. Jd parents be prepared. Sekolah pun mungkin boleh buat schedule nak bg circular ni, maybe every Wednesday, senang sikit kita nak adjust our schedule. Simultaneously, blog will be visited very much often. Jd parents juga akan baca posting2 yg lain.
The argument now is how about those parents yg tak ada pc atau ada pc tp tak ada internet connection. Maybe kita kena dptkan info dulu. Dptkan feedback dari parents yang mana nak baca kat blog, yg mana nak hardcopy. Jd volume nak photostat hardcopy pun dah kurang, hopefully.
Kena brainstorming ni, just throwing the idea...

Regards,
Sitinor, Jln 4/11C

siti-sam said...

Alhamdulillah, gotong royong semlm berjln lancar. Cuaca pun ok. Sy dtg bersama 2 anak lelaki sy Thn 2 & Thn 4. Bw cangkul, gloves dll.
Tengok pokok tumbang suspens juga. Hopefully selepas ni plan nak buat tangga 2-way dpt dibuat immediately.
Thanks for the all the food & drinks. Mmg kebajikan dijaga.
Jgn slh sangka cuma org Bangi Perdana aje tolong kerana ia berkaitan mrk. Sy ni dari Sek 4 Tambahan pun tolong juga krn berkesempatan kali ni.
Lepas tu berkejar ke kelas nak ambil report card. Kena pergi 3 kelas - Thn 2, 4 & 6. Semua dpt nombor 30 lebih. Last-last balik pukul 1.00 tgh.
Ceria sungguh suasana di sekolah smalam. Mcm carnival aje, dengan ramai booth dan anak2 diajar berniaga. Congrats!

Sitinor, Jln 4/11C

Said Jaapar said...

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Saya mewakili YDP PIBG yang diamanahkan untuk menjayakan program “ Gotong Royong Pedana 2008” ingin menucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan juga makan minum sehingga program yang dicadangkan berjalan dengan jayanya.Sambutan yang kami terima begitu menggalakkan diserikan lagi dengan kanival jualan. InsyAllah rancangan susulan akan dijalankan dengan seberapa segera. " Terima kasih daun keladi" dari kami AJK PIBG SKJ4
Mohd Said Jaapar

9w2hde said...

Tuan Moderator,

Cadangan:

Minta kerjasama dari pihak sekolah supaya dapat update apa-apa informasi yang penting ke dalam Blogspot ini.

Supaya mudah kepada pihak ibubapa tdak perlu menelefon pihak sekolah jika perlu apa informasi.

Mungkin juga Tuan Moderator boleh add satu username untuk pihak sekolah, sebagai "blog team member" untuk update apa2 informasi.

Contoh :
Informasi yuran, sukan, dan lain2.

Kerjasama dari pihak moderator amat lah di hargai.

Sekian, terima kasih.
abdhadie@yahoo.com