Wednesday, June 18, 2008

Kesesakan yang melampau

Pertambahan bilangan pelajar serta pintu keluar masuk tunggal telah menyebabkan kesesakan yang melampau dan membahayakan. Gambar-gambar di bawah membuktikan bahawa kita perlu berbuat sesuatu sebelum tragedi menimpa anak-anak kita.

Kereta, bas, motosikal, basikal dan murid-murid sama-sama berebut tempat di atas jalan raya!
Saban hari anak-anak kita terpaksa meredah bahaya akibat kesesakan teruk di depan sekolah setiap kali masa mula dan tamat persekolahan.




Kereta di letakkan berlapis-lapis kerana ketiadaan sistem laluan yang sempurna.
Pada hari Sabtu ini (21 hb Jun 2008) satu majlis gotong royong akan diadakan bagi membuka laluan tambahan yang diharap akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Saya merayu penglibatan aktif anda semua agar kita dapat menjayakan majlis ini dengan sempurna.
Posting berikutnya akan memperincikan pelan tindakan gotong royong tersebut.
Please come back and check on the blog as often as possible.





1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada PIBG dengan kelahiran blog ini.
seperti sekolah2 lain, suasana yg kita biasa lihat pada waktu pagi dan pulang. bagi saya, kejadian ini rasanye sudah berkurangan sedikit pada tahun ini, mungkin kerana sudah ade tmpat meletak kenderaan yang agak teratur,