Untuk makluman semua Mesyuarat Agung Kali Ke-7 persatuan kita akan dilangsungkan pada 28 hb Feb 2009. Butiran mengenai mesyuarat ini adalah seperti berikut:
Hari: Sabtu (28.02.09)
Masa: 8 pagi
Tempat: Foyer, SKJ4
Masa: 8 pagi
Tempat: Foyer, SKJ4
Mesyuarat ini nanti akan memilih wakil-wakil ibubapa yang bakal menerajui PIBG untuk sesi 09/10.
Juga, sebagai langkah penjimatan, Laporan PIBG tidak lagi dihantar kepada setiap ahli tapi ianya boleh di capai secara online di sini:
Laporan Mesyuarat Agung 2009 Di harap tuan/puan dapat mencetakkan sendiri dokumen ini dan membawanya bersama ketika menghadiri mesyuarat ini.
Kami berharap tuan/pun akan dapat menghadirkan diri dan sama-sama menyumbangkan idea-idea bernas yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan pendidikan anak-anak iita di SKJ4.
InsyaAllah jumpa nanti !
6 comments:
Tahniah
Tahniah kepada yang terlibat untuk menjayakan mesyuarat ini.
Suka saya untuk menyentuh beberapa perkara di sini.
Terima kasih dan penghargaan kepada guru besar SKJ4 kerana tidak lupa tentang golongan yang tidak berkemampuan seperti saya merujuk kepada yuran pibg yang ditetapkan minimum RM15. Diharap apa jua aktiviti yang dijalankan oleh PIBG hendaklah mengambil kira golongan yang kurang berkemampuan. Bukan bermaksud untuk tidak sama-sama menyumbang demi anakanda tercinta tetapi adakalanya ada diantara kita kekurangan dari segi material dan tenaga.
Mata pelajaran English - Saya benar-benar terharu dengan keihlasan cikgu. Orang macam saya kurang kemahiran dalan mata pelajaran ini. Adalah menjadi harapan saya mungkin cikgu boleh senaraikan langkah/cara yang boleh saya lakukan di rumah untuk memantapkan lagi mtapelajaran ini
Insyaallah diharap PIBG SKJ4 akan terus mantap dengan pelbagai agenda di masa akan datang
Asm, mohon beri senarai anggota terbaru PIBG tahun 2009.
sekian, terima kasih.
KB
a'slm wbt...
jutaan tahniah kpd dr. mazalan (dr.) dan rakan2 AJK atas sumbangan dlm PIBG skj4..
Mesyuarat Agung PIBG SKJ4 Kali Ke-7 adalah event pertama dalam hidup saya setelah bergelar bapa...anak saya darjah satu di skj4...since tak pernah attend mtg PIBG, sebagai bapa "junior" dikalangan ibubapa "senior" yg hadir, saya agak jakun dan kagum dgn usaha2 yg dijalankan oleh ibubapa terutamanya AJK yg terlibat...kerja harian lagi..family lagi...tugas sukarelawan lagi...perghh...tabik spring...
anyway,ada beberapa perkara / cadangan saya nak sampaikan...
1. LAMAN WEB/BLOG/GROUP ..tahniah atas pelancaran blog skj4..saya ada terdengar dr. sebut yahoo group...saya kiranya pengguna internet secara harian walaupun saya dibidang pembinaan...nak dicadangkan selain blog, agar diadakan group untuk skj4...untuk itu saya rekomen google group instead of yahoo group...let the blog act as an official web for skj4 while google group for a bit "santai" platform for the parents to get info and to feed info...saya akan cuba create satu google group utk skj4 for your consideration (if we yet to have one)...
2. TAKWIM ..skj4 takde takwim sekolah utk sesi 2009 ni ?...saya pernah terlihat takwim drpd sekolah lain indicating tarikh2 penting ttg cuti, ujian2/peperiksaan2 etc
3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ..mungkin soalan ni kelakar...kenapa pakaian seragam sekolah murid tidak menggunakan t-shirt?...say selasa hingga jumaat and baju putih sekarang dipakai hanya pada hari isnin...saya terfikir hanya utk murid sekolah rendah shj since murid sekolah menengah lebih matang utk menjaga kebersihan baju masing2...
t-shirt lebih mudah dibasuh, kotoran lebih senang hilang dan kainnya lebih durable...dan satu kelebihan utk keluarga yg agak kurang mampu dan tak mampu utk mereka selalu membeli baju baru bagi menggantikan baju yg ada sudah koyak atau lusuh atau sudah berulang kali dijahit....
ianya bole dijadikan income kpd sekolah apabila t-shirt tersebut di beli dari sekolah secara terus instead of dibeli di luar, pasaraya etc..saya percaya murid2 pakai baju putih utk nampak kemas dan berdisiplin, tapi setelah sekian lama, baju putih itu tak semestinya bole mendisiplin kan murid2 especially di zaman skrg ni...bagi ibubapa yg tak berkemampuan, still have to buy those white shirt yg cepat koyak dan kotor for their kids
dulu masa saya kecil, apa saya kisah dgn baju saya yg koyak dan cepat kotor, tau2 emak basuhkan...rosak, abah belikan yg baru...tapi bila saya sendiri jadi bapa..baru le rasa perit bila tgk baju anak kotor dan poket sedikit terkoyak...alhamdulillah lah nak beli baru takde le kesempitan sgt...tapi tak semua bapa macam saya...ada diluar sana bapa yg mungkin menangis bila tak dpat belikan anak dia baju baru...
ini hanya pandangan saya...mungkin di peringkat kementerian, idea spt ini pernah dibincangkan..wallahua'lam
4. PENDIDIKAN SIVIK/MORAL ..saya tertarik dgn seorang bapa baru2 ni yg komlen mengenai sikap ibubapa lain apabila menghantar/mengambil anak2 disekolah...dan dr. juga ada menyebut di awal ucapan ttg kecemerlagan anak2 bukan hanya pada akademik semata2...
for that point, saya tertanya2 ke mana perginya subjek penting seperti tatarakyat dan pendidikan sivik yg pernah saya belajar dulu...instead, dikekalkan subjek muzik yg saya fikir langsung tidak memberi apa2 manfaat kpd murid (saya lebih prefer muzik diletakkan sebagai kegiatan koku atau kelab shj)...
soal ibubapa parking double tidaklah berapa memberi contoh yg negatif sgt kpd murid..sebaliknya, bapa2 yg merokok tu lebih menonjolkan contoh yg negatif kpd anak2...saya percaya..bapa2 yg merokok pun tak mahu tgk anak2 mereka merokok bila dewasa kelak, apatah lagi di zaman kanak2...tapi sedar atau tidak, sikap mereka yg merokok ini diperhatikan oleh anak2 kita...
saya difahamkan subjek yg tesebut di atas mula diajar kpd murid tahun 4 ke atas (correct me if i'm wrong) saya mencadangkan kalau pun subjek yg membina sahsiah dan peribadi murid ini tidak diajar sebagai satu subjek, apa salah kiranya diwujudkan satu program (spt kem solat bistari etc) khusus untuk mengajar murid2 seawal tahun satu ttg perkara2 dlm hidup ini yang mereka digalakkan dan tidak digalakkan buat utk dibuat contoh dan pegangan (selaras dgn kehendak Islam)...
zaman sekarang terlalu banyak perkara dialami oleh anak2 ...internet, tv, majalah etc...sekurang2nya dlm program tersebut kita bole terangkan kpd mereka rokok itu tak elok utk kesihatan, tonton tv selalu sgt pun tak elok juga, cara berdepan dgn orang yg lebih tua, cara bertutur, bahasa2 kasar@mencarut etc etc..kot2 boleh buat satu booklet ttg do's and don's utk mereka...
apa2 pun peranan ibubapa sendiri penting utk tujuan ini...dgn ibubapa mereka amat manja dan kadang2 tak ambil kisah apa yg kita cakap...cuma kalu buat di sekolah, murid2 akan lebih appreciate apa yg cuba disampaikan... wallahua'lam
5. TERMOSCAN@TERMOMETER ..baru2 ini anak saya buat pertama kalinya mengalami hidung berdarah...mungkin dia kerap bermain dlm panas sewaktu persekolahan...dan saya telah nasihatkan beliau...dan terlebih baharu, anak saya demam panas dan mengalami tonsil...yg dikesali, seorg guru telah meletakkan tangannya di dahi anak saya dan berkata "oh, panas sikit je ni,adik duduk rehat jelah ya"...sedangkan anak saya telah berikan no hp ibubapanya kpd guru tersebut utk dihubungi....
apabila anak kami sampai rumah...dgn menggunakkan termoscan yg kami ada.....kami dapati bacaan suhu telah mencecah 39.2 darjah selsius..sampai klinik, doktor kata "anak en.ni demam panas dan kedua2 belah tonsilnya sudah sebesar syiling 20 sen"...doktor tanya "cikgu tak hubungi en. ke?" aduih...apo nak di kato...
soalannya, kenapa guru tersebut begitu berat utk menelefon ibubapa apabila berdepan masalah kesihatan murid...dgn hanya meletakkan tangan tidak dpt memberi isyarat yg jelas keadaan murid yg sakit..apatah lagi dilakukan oleh seseorang yg bukan terlatih utk itu...
bagi mengatasi masalah ini (demam adalah biasa bagi kanak2), saya cadangkan PIBG/sekolah membeli satu termoscan utk memeriksa suhu murid2 yg mengadu demam (itu pun kalu termometer takde lah, kalu dah ada kenapa tak digunakan?)...ianya senang digunakan..hanya tekan satu butang dan dlm masa 2 saat kita akan dapat tahu suhunya...mana2 murid yg mencecah 38 darjah selsius keatas, bolehlah ibubapa mereka dihubungi utk tindakan lanjut (sebab cikgu pun byk lagi kerja mereka yg perlu dilaksanakan)...kerana itu lebih baik drpd murid tersebut terkena sawan dan sbgnya...harga termoscan itu sekitar rm 180 hingga rm 250..jenama yg saya pakai BRAUN...yg jenis letak di ketiak atau mulut lambat utk mendapatkan result....
6. PROGRAM BERBASIKAL ..saya melihat anak2 kita rata2 ada basikal...saya cadangkan kita buat satu program yg berkaitan dgn basikal ini....merangkumi berbasikal dgn selamat, penerangan ttg basikal itu sendiri dan kayuhan beramai2 disekitar sek3 dan 4 atau sebahagian laluan di b.b.bangi ini...dan dlm masa yg sama menggalakkan ibubapa menyertai program tersebut...tentu murid2 ini seronok dpt berbasikal bersama kawan2 dlm satu jarak yg sedikit jauh berbanding hanya dr rumah ke sekolah atau sekitar rumah mereka....
saya rasa sampai sini sahaja coretan saya utk kali ini...alhamdulillah, saya sudah daftarkan nama sebagai salah seorang sukarelawan PIBG (aduh, bangganya aku..), insyaAllah akan cuba memberi bantuan yg mana perlu dan sempat utk skj4 ini...
saya berdoa agar AJK PIBG, guru2, sukarelawan2 dan ibubapa dpt memberikan kerjasama dan komited dalam membentuk anak2 kita kearah kecemerlangan akademik dan rohani...
wassalam...
* minta maaf di atas penggunaan bahasa pasar/short form dalam penulisan saya..
Saya ingin memberi pandangan tentang anak kita yang sakit. Sementara menunggu ibu bapa datang mengambil pulang, saya rasakan perlu diadakan satu bilik "sick bay" supaya anak kita dapat baring dan rehat sementara menunggu. Ini berdasarkan pengalaman saya semasa di sekolah dahulu. Saya menerima panggilan telefon utk mengambil anak saya yang demam tetapi apabila saya sampai, anak saya sedang berbaris dalam perhimpunan di tengah panas. Jadi saya rasakan perlu ada sick bay (bilik rehat yang dilengkapi sick bed). Sekian sekadar pandangan. Saya perlukan sokongan daripada ibu bapa yang lain supaya kita dapat menjadikan harapan ini kenyataan.
Salam buat Semua
Selain dari pengajaran and pembelajaran yang efektif, saya amat menitik beratkan Kebersihan & Keselamatan anak-anak kita semua. Kalau kebersihan ditahap yg amat memuaskan dan keselamatan yang terjamin, saya rasa anak-anak kita akan selesa dan minat utk ke sekolah. Apa yang saya dengar, perhati setiap kali ke sekolah menghantar anak, ramai anak-anak yang bermain kejar mengejar di kawasan yang merbahaya iaitu di longkang longkang. Saya MERAYU setiap longkang di sekolah hendaklah di TUTUP. Di Foyer dan lorong ke kantin saya perhati dah berapa anak-anak yang terjatuh. Longkang situ pulak adalah dalam. Kita tidak boleh menyuruh anak-anak jangan berlari kerana bila mereka bertemu sesama kawan, apa yg kita pesan kebiasaannya mereka endahkan. Jadi, kenapa kita sebagai pihak yg dewasa dan bertanggungjawab tidak melakukan sesuatu.
Tandas. Terlalu kotor. Hos air yang panjang terbiar di lantai yang basah. Apabila anak-anak hendak membasuh, mereka akan mengangkat hos yg telah kotor. Cuba fikir berapa byk kuman yg melekat pada tangan mereka. Adakah mereka membasuh dengan betul selepas itu? Sabun pun tidak ada. Sink untuk membasuh tangan agak tinggi untuk dicapai oleh anak-anak tahun 1 dan 2 dan mungkin 3. Jadi, adakah mereka ini tidak membasuh tangan?
Kedai buku. Kedai buku sekolah sepatutnya tidak dijadikan seperti kedai buku luar. Memadai menjual pensil 2B jenama staedler atau faber castel. Tak perlu pensil pensil yang menarik. Begitu juga dengan sharpener, pemadam dan alat-alat tulis yang berbagai gambar. Sebagai satu institusi pembelajaran, adalah wajib utk mengajar anak-anak kesedaran dan kepentingan penggunaan kewangan mereka. Anak saya pernah membeli pemadam di situ dan apabila pulang ke rumah, dia memberitahu duit belanja makan digunakan utk membeli pemadam. Bila saya tanya berapa, dia jawab RM1.00! Pemadam yang datang dlm 'casing'. Juga terdapat jenama Ben10. Perlukah? Kedai buku itu juga menjual bunga utk hari ibu. Tak perlu semua itu. Sepatutnya guru seni kena memainkan peranan mengajar anak-anak mencipta kad atau apa-apa kraf utk hari-hari istimewa.
Aktiviti bermanfaat. Saya tak nak bandingkan SK Jln 4 dengan mana-mana sekolah lain tapi perlu adakan aktiviti yg boleh dipandang oleh org luar - contohnya program Alam Sekitar. Dedahkan anak-anak kepada kitar semula. Kita sediakan bahan-bahan terpakai dan biar mereka mencipta sesuatu dari itu. Atau cipta satu 'banner' pasal alam sekitar. Semuanya dilakukan dari hasil kerja tangan anak-anak. Tunjukkan yang SK Jln 4 PERIHATIN KEHENDAK ALAM. Buat sesuatu yang boleh naikkan nama sekolah. Sebagai contoh, setiap tahun Sekolah Rendah Bukit Bandaraya di Damansara menghasilkan kalender meja (table calendar) dengan gambar-gambar dihasilkan oleh anak-anak. Mereka kemudian pergi ke pusat membeli belah bersama cikgu(kebiasaan di Bangsar Shopping Centre) dan menjualnya (RM10). Ramai yang membelinya termasuk saya sebagai sokongan kepada anak-anak generasi masa depan. Jangan kongkong minda dan sosial anak-anak kerana kesibukan dan ketiadaan masa guru dan ibu bapa. Sosial adalah penting untuk perkembangan minda anak-anak. Masa depan memerlukan itu dari mereka. Bukan macam kita dulu.
sekian, wasallam
Salam.
Blog ini nampak sunyi, mungkin tiada sumbangan sumber digital atau tulisan dari pihak sekolah.
Saya sebagai bapa kepada murid, amat perlukan maklumat terkini dari pihak sekolah.
Tahniah kepada blog admin kerana sudi menjaga blog ini.
terima kasih.
Post a Comment