Sunday, March 7, 2010

Sesi Gotong Royong Siri 1 / 2010

Pada tanggal 27 Feb 2010, pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan sesi gotong royong siri 1 / 2010. Diantara tugas gotong royong yang dilakukan adalah membersih dan menceriakan kawasan sekolah serta membaiki peralatan sekolah.
Sehubungan dengan pihak PIBGSKJ4 ingin merakamkan ucapan jutaan terimakasih dan penghargaan diatas kehadiran ibubapa menjayakan aktiviti tersebut walaupun dengan notis pemberitahuan yang singkat. Seramai lebih 50 orang ibubapa dan guru-guru terlibat dalam sesi gotong royong tersebut. Semoga pengorbanan masa dan tenaga para ibubapa diberkati oleh Allah S.W.T demi kecemerlangan anak-anak kita.

Wednesday, March 3, 2010

Sukan Tahunan 2010

Untuk makluman, Sukan Tahunan 2010 Sekolah Kebangsaan Jalan 4 telah dipinda dari 6 Mac 2010 (rujuk Takwim Sekolah) kepada 4 April 2010 (hari Ahad). Sukan tahunan dijangka akan diadakan di Stadium UNITEN. Maklumat lanjut mengenai aktiviti ini akan diperincikan oleh pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.


Sehubungan dengan itu, para ibubapa yang ingin memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan sukan tahunan ini boleh menghubungi Cikgu Norulazman bin Mohd Nor atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun PIBG di CIMB Bank No Akaun 1247 0002277 056 dan memaklumkan kepada Bendahari PIBG untuk tujuan pengeluaran resit. Bagi ibubapa yang menyumbangkan tenaga melalui Pasukan Sukarelawan, sila tunggu maklumat lanjut dari pihak PIBG.

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor perlu dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :


  1. Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau


Urusan pendaftaran dalam talian ini dibuka mulai 1 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010. Para ibu bapa dikehendakki membaca panduan sistem terlebih dahulu sebelum menguncimasuk maklumat yang diperlukan.