Wednesday, March 3, 2010

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor perlu dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :


  1. Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau


Urusan pendaftaran dalam talian ini dibuka mulai 1 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010. Para ibu bapa dikehendakki membaca panduan sistem terlebih dahulu sebelum menguncimasuk maklumat yang diperlukan.


7 comments:

Unknown said...

Terima kasih kerana info.

Yusz74 said...

Saya sudah mendaftarkan anak saya yang lahir pada tahun 2004 kira-kira dua tahun lepas di sekolah ini dan dah mendapat no rujukannya, perlukan saya mendaftarkan lagi secara online

Unknown said...

Saya dapati tandas murid-murid dalam keadaan amat nazak dan tidak selesa. Minta pihak sekolah buat gotong royong untuk membaik pulih kerosakan tandas agar anak-anak praktis kebersihan dan adab tandas yang betul.

sallyz said...

anak saya lahir pada 2006 dan saya mahu membuat pendaftaran sekolah tahun 1, tetapi tidak dapat akses ke link yang di berikan.

amyhizat said...

sy juga menhadapi masalah yg sama...ank sy lahir thn 2006 nk daftar tetapi tidak dapat akses juga ke link yg di beri.....

Rahim A.G said...

Salam,
Tolong benarkan murid2 3c6 memakai kasut sewaktu di dalam kelas. Teruklah ibubapa kena basuh stokin yg hitam legam dan susah nak di cuci, stokin cepat rosak bila diberus dgn kuat. Tikar getah tak praktikal. Kenapa kelas2 lain tak gunakan tikar getah. Suruhlah cikgu buka kasut jgk, kalau cikgu pun dah tak sanggup, jgnlh suruh murid2 buka kasut.

Unknown said...

Cikgu Pakai kasut. Anak murid pakai stokin? Mmg tak patut