Tuesday, October 11, 2011

Aktiviti Sekolah bagi bulan Oktober & November 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua ibubapa,

Berikut adalah merupakan aktiviti yang dijadualkan kepada semua pelajar bagi bulan Oktober & November 2011


  1. Peperiksaan Akhir Tahun 2011 - dari 17 Oktober - 21 Oktober 2011

  2. Cuti Sekolah sempena perayaan Depavalli - 24 Oktober - 28 Oktober 2011

  3. Lawatan Sambil Belajar bagi pelajar Tahun 6 ke Cameron Highlands - dari 3 November - 4 November

  4. Aktiviti Korban sempena Hari Raya Aidiladha - pada 9 November 2011

  5. Keputusan UPSR 2011 (dijangkakan pada 10 / 11 November 2011)

  6. Karnival Nasyid - 14 November 2011 - 15 November 2011

  7. Hari Anugerah Kecemerlangan Murid - 17 November 2011

Maklumat Tambahan :


Bagi aktiviti 4. Bagi para ibubapa yang berminat untuk menyertai acara adalah dialu-alukan ke sekolah pada hari tersebut.


Bagi aktiviti 5. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.


Peringatan mesra kepada ibubapa pelajar tahun 6 :


1. Adalah diminta untuk memastikan para pelajar membuat pendaftaran untuk memasukki sekolah berasrama penuh (SBP) melalui talian terus di laman web Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my segera. Tarikh tutup adalah pada 15 Oktober 2011.


2. Sekiranya berminat untuk memasukki sekolah Maktab Rendah Sains Mara - pastikan melayari laman MARA


3. Pengisian borang bagi memasukki Sekolah Menengah Jalan 4 / Yayasan Negeri, perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas keputusan UPSR dikeluarkan. (maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa)



Tuesday, September 6, 2011

Program Solat Hajat Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan solat hajat kali ke 3 bagi memohon kejayaan dan kecemerlangan para pelajar yang akan menduduki UPSR tahun 2011 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 September 2011

Masa : 7.00 mlm - 9.30 mlm

Tempat : Foyer SKJ4

Program solat ini akan diketuai oleh imam muda astro dimulai dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin, solat isyak berjemaah dan solat hajat.

Sehubungan dengan itu semua ibubapa pelajar tahun 6 adalah dijemput menjayakan program ini bersama anak masing-masing. Para ibubapa juga adalah dipohon untuk membawa makanan untuk dikongsi bersama-sama (Pot luck) dan air mineral (untuk bacaan yasin).

Wednesday, January 26, 2011

Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Empat kali ke 9

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaaan Jalan Empat kali 9 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut

  • Tarikh : 5 Februari 2011
  • Masa : 8.00 - 11.25 pagi
  • Tempat : Foyer SK Jalan Empat

Sebagai langkah berjimat dan sejajar dengan perkembangan semasa, pihak PIBG tidak akan mengedarkan Buku Laporan Mesyuarat Agong PIBG SKJalan Empat sebaliknya boleh dimuatturun dan dicetak dari laman blog http://skj4-bbbangi.blogspot.com/.

Bersama-sama buku laporan ini disertakan surat jemputan Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Empat kali ke 9 dan surat jemputan penerima anugerah penghargaan.

1. Buku Laporan Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Empat

2. Laporan Penyata Kewangan PIBG SK Jalan Empat

3. Perakuan Penyata Kewangan

4. Surat Jemputan Anugerah Penghargaan Pelajar 5A -tahun 2010

p.s. Tuan / puan di nasihatkan untuk memuat turun file dalam pdf terlebih dahulu dan buat cetakan pada muka surat yang diperlukan sahaja.