Thursday, July 29, 2010

Aktiviti Hujung Bulan Julai dan Awal Bulan Ogos 2010

Salam Sejahtera. Untuk makluman para ibubapa, berikut merupakan aktiviti melibatkan pelajar tahun 3, 4, dan 5 bagi bulan Julai dan Ogos 2010


  • Perkhemahan Unit Beruniform Pelajar Tahun 5 pada 30 Julai 2010 (mula - jam 3.00 petang) - 31 Julai 2010 (tamat - 12.00 tgh). Aktiviti ini adalah diwajibkan bagi semua pelajar Tahun 5 bagi melengkapkan kerja kursus Sivik dan Kewarganegaraan. Perkhemahan ini akan diadakan di dalam kawasan sekolah.



  • Kem Bestari Solat. Kem ini akan dijalankan di sekolah melibatkan pelajar Tahun 3 dan Tahun 4. Aktiviti ini akan diadakan pada 7 Ogos 2010 bermula dari jam 8.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.00 tgh.

Sekian terima kasih

Tuesday, June 29, 2010

Buku Laporan Kemajuan Pelajar (ADAP)

Untuk makluman ibubapa, pihak sekolah akan menyerahkan buku laporan kemajuan pelajar (ADAP) bagi Tahun 1 - 6 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Julai 2010

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Kelas Pelajar

Sehubungan dengan itu semua ibu / bapa / penjaga adalah dijemput hadir ke sekolah untuk mendapatkan buku kemajuan tersebut. Pengedaran buku ADAP ini akan dilakukan serentak bagi tahun 1 - 6 oleh guru kelas masing-masing. Ibu bapa / penjaga pelajar tahun 1 - 5 digalakkan untuk tidak membawa pelajar bersama-sama bagi mengelak kesesakan didalam kelas. Walaubagaimanapun ibu bapa / penjaga pelajar tahun 6 diperlukan hadir bersama-sama anak masing-masing. Sekian harap maklum.

Aktiviti Persekolahan

Salam kepada semua ibubapa, berikut merupakan perancangan aktiviti di Sekolah Kebangsaan Jalan 4 bagi penghujung bulan Jun dan bulan Julai 2010.

Bagi Pelajar Tahun 6




  1. 30 Jun 2010 - Program Motivasi anjuran bersama pihak sekolah dan pihak Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia. Program motivasi ini akan dikendali oleh Dr. Ismail Zain yang merupakan motivator terkenal dan pendidik serta kolumnis akhbar sisipan pendidikan Utusan Malaysia. Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikutip dari semua pelajar tahun 6 bagi menampung sebahagian perbelanjaan program tersebut.


  2. 1 Julai 2010 - Program Solat Hajat bertempat di surau Bangi Perdana . Program bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan segala urusan pembelajaran anak-anak tahun 6 agar mencapai keputusan cemerlang semasa menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Program akan bermula dari solat maghrib, diikuti dengan bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat dilakukan selepas solat Isyak. Semua pelajar tahun ditemani ibubapa dijemput hadir bersama-sama bagi menjayakan program ini. Makanan dan minuman disediakan.

Bagi Pelajar Tahun 4 & 5


  1. Program perkhemahan untuk pelajar tahun 4 akan diadakan pada 21 Julai 2010, manakala untuk pelajar tahun 5 akan diadakan 23 - 24 Julai 2010. Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.




  2. Program perkhemahan bagi pelajar akan diadakan pada 23 & 24 Julai 2010. Tujuan perkhemahan adalah memu









Tuesday, June 1, 2010

Kelas Tambahan bagi pelajar Tahun 6

Adalah dimaklumkan kelas tambahan bagi pelajar Tahun 6 akan diadakan pada minggu kedua cuti sekolah seperti berikut


  • Tarikh : 14 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010

  • Masa : 8.00 pagi - 12.35 tengahari

Sehubungan dengan itu para ibu bapa / penjaga yang terlibat agar dapat memastikan pelajar menghadiri kelas tambahan tersebut.

Thursday, May 6, 2010

Program Gotong Royong Perdana Tahun 2010

Pihak PIBG SK Jalan 4 dengan kerjasama pengurusan sekolah akan mengadakan program gotong-royong menceriakan kawasan persekitaran sekolah. Sebagai makluman program ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong royong Kejiranan Bangi Perdana.



Butiran lanjut mengenainya adalah seperti berikut:

  1. Hari : Sabtu
  2. Tarikh : 08 Mei 2010
  3. Masa : 7.30 pagi - 10.30 pagi
  4. Tugasan : Membersih & menghias kelas, membersih persekitaran dan padang sekolah

Sehubungan dengan itu tuan / puan diwajibkan hadir bersama-sama bagi menjayakan program tersebut dengan membawa peralatan bersesuaian .

Sunday, March 7, 2010

Sesi Gotong Royong Siri 1 / 2010

Pada tanggal 27 Feb 2010, pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan sesi gotong royong siri 1 / 2010. Diantara tugas gotong royong yang dilakukan adalah membersih dan menceriakan kawasan sekolah serta membaiki peralatan sekolah.
Sehubungan dengan pihak PIBGSKJ4 ingin merakamkan ucapan jutaan terimakasih dan penghargaan diatas kehadiran ibubapa menjayakan aktiviti tersebut walaupun dengan notis pemberitahuan yang singkat. Seramai lebih 50 orang ibubapa dan guru-guru terlibat dalam sesi gotong royong tersebut. Semoga pengorbanan masa dan tenaga para ibubapa diberkati oleh Allah S.W.T demi kecemerlangan anak-anak kita.

Wednesday, March 3, 2010

Sukan Tahunan 2010

Untuk makluman, Sukan Tahunan 2010 Sekolah Kebangsaan Jalan 4 telah dipinda dari 6 Mac 2010 (rujuk Takwim Sekolah) kepada 4 April 2010 (hari Ahad). Sukan tahunan dijangka akan diadakan di Stadium UNITEN. Maklumat lanjut mengenai aktiviti ini akan diperincikan oleh pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.


Sehubungan dengan itu, para ibubapa yang ingin memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan sukan tahunan ini boleh menghubungi Cikgu Norulazman bin Mohd Nor atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun PIBG di CIMB Bank No Akaun 1247 0002277 056 dan memaklumkan kepada Bendahari PIBG untuk tujuan pengeluaran resit. Bagi ibubapa yang menyumbangkan tenaga melalui Pasukan Sukarelawan, sila tunggu maklumat lanjut dari pihak PIBG.

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi tahun 2011 & 2012

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor perlu dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :


  1. Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau


Urusan pendaftaran dalam talian ini dibuka mulai 1 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010. Para ibu bapa dikehendakki membaca panduan sistem terlebih dahulu sebelum menguncimasuk maklumat yang diperlukan.


Friday, February 12, 2010

Peti Hilang dan Jumpa (Lost and found box)

Untuk makluman ibubapa sekelian,

Pengurusan sekolah telah menyediakan peti hilang dan jumpa di hadapan pondok pengawal. Kegunaan peti ini adalah untuk menyimpan barangan yang dijumpai di kawasan sekitar sekolah yang berkemungkinan tertinggal atau tercicir oleh para pelajar sekolah ini.

Sehubungan dengan itu sekiranya terdapat insiden dimana anak tuan-tuan dan puan-puan kehilangan barang disekolah, peti tersebut boleh dijadikan salah satu tempat bagi carian barangan tersebut.

Tuesday, February 9, 2010

Takwim Sekolah Keb Jln 4 B.B.Bangi

Berikut merupakan takwim lengkap SKJ4 untuk panduan seluruh ibubapa. Harap maklum bahawa takwim ini adalah perancangan sekolah tertakluk kepada pindaan pihak pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

Takwim 2010

Sunday, February 7, 2010

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SK JALAN EMPAT 2010

Ketua Pengawas mengetuai bacaan ikrar.



Barisan Pengawas SK Jalan Empat 2010 membacakan ikrar.




Penyampaian watikah perlantikkan pengawas dari Pn. Hjh. Asnaniar



Majlis telah berlangsung pada 8 Februari 2010 pukul 7.40 pagi. Program telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdullah dan ucapan ringkas oleh Ketua Guru Pengawas SK Jalan Empat iaitu Pn. Hjh Apidah Abu Naim dan penyampaian watikah perlantikan oleh Pn. Hjh Asnaniar Hj Alias. Disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung

Friday, February 5, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK JALAN EMPAT 2010


Kejohanan merentas desa ini dijalankan pada 29 Januari 2010 bertempat di SK Jalan Empat dan sekitar kawasan seksyen 3 dan empat Bandar Baru Bangi. Kejohanan ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. Kejohanan ini juga disertai oleh semua murid Tahun 3, 4 ,5 dan 6 daripada keempat-empat buah rumah sukan. Pemenang keseluruhan kejohanan ini adalah Rumah Helang dengan jumlah kutipanmata 602. Semoga kejohanan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan ucapan terima kasih kepada sukarelawan yang datang membantu kelancaran program.

Thursday, February 4, 2010

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB UPSR




Sesi persekolahan Januari turut penuhi dengan program berbentuk akademik iaitu program TEKNIK MENJAWAB UPSR. Program bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahap 2 berkenaan kaedah yang terbaik dan berkesan sewaktu peperiksaan. Program memberi tumpuan khusus kepada subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Para penceramah merupakan guru-guru yang mahir dalam subjek masing-masing serta berpegalaman sebagai pemeriksa kertas UPSR. Program dijalankan berasingan mengikut tahun iaitu Tahun 6 pada 5 - 8 Januari 2010, Tahun 4 pada 12 - 13 Januari 2010 dan Tahun 5 pada 19 - 22 Januari 2010.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010

Taklimat kepada peserta kursus oleh Pn. Hjh Asnaniar.



Sesi persekolahan Januari 2010 di mulai dengan program KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010. Kursus ini di bertujuan memantapkan dan mempertingkatkan daya kepimpinan serta pengetahuan pengawas yang di lantik oleh pihak sekolah. Kursus diadakan berasingan untuk sesi pagi dan sesi petang.




Untuk sesi pagi :

Tarikh : 16 Januari 2010

Hari : Sabtu

Masa : 8.00pagi - 1.00 petang




Untuk sesi petang:


Tarikh : 23 Januari 2010

Hari : Sabtu

Masa : 10.00pagi - 12.00 tengah hari


Program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dirancang.

Mesyuarat Agong 2010: Laporan Kewangan 2009

Bersama-sama ini disertakan Laporan Kewangan 2009 bagi di bincangkan di Mesyuarat Agong pada hari Ahad ini (7hb Feb 2010).

Penyata Kewangan Berakhir Dis 2009

Mesyuarat Agong 2010: Laporan Mesyuarat

Di bawah dipaparkan Laporan Mesyuarat yang perlu dibincangkan di Mesyuarat Agung PIBG pada Hari Ahad 7hb Feb nanti.
Laporan Mesyuarat Agung 2010 Latest

Tuesday, January 12, 2010

Senarai Guru Kelas Sesi Pagi 2010

Sebagai kesinambungan kepada posting yang lalu, bersama-sama ini dipaparkan nama-nama guru bagi sesi pagi. Sukalah terus disarankan agar tuan-puan selalulah berhubung dengan guru-guru ini untuk mengetahui perkembangan anak-anak masing-masing...
Senarai Guru Kelas Sesi Pagi 2010[1]

Wednesday, January 6, 2010

Senarai Guru Kelas Sesi Petang 2010

Jika anak anda bersekolah di sesi petang, pastikan anda mengenali siapakah guru-guru yang bertanggung jawab mengajar mereka. Hubungilah guru-guru dan kenalilah mereka dengan lebih dekat lagi! Senarai nama guru-guru di paparkan dibawah:

Senarai Guru Kelas Sesi Ptg 2010[1]

Monday, January 4, 2010

Takwin Persekolahan Sesi 2010

Pihak sekolah telah pun mengeluarkan Takwin Persekolahan untuk sesi 2010. Bersama-sama ini di paparkan takwim tersebut:

Penggal Persekolah Dan Hari Kelepasan Am 2010

Sunday, January 3, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Tahun Baru 2010 telah muncul, dan anak-anak telah pun masuk semula ke sesi persekolahan baru. Semuga segala persiapan untuk sesi baru ini berjalan dengan sempurna agar anak-anak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik lagi.



Kepada guru-guru, di harap agar dapat memberikan pengalaman yang terbaik untuk anak didik-anak didik masing-masing. Semuga segala usaha murni cikgu di berkati Yang Maha Esa.



Kepada semua ibu-bapa, jangan sekali-kali berputus asa dalam memastikan anak-anak kita mendapat pengalaman pendidikan yang cukup sempurna agar mereka menjadi insan yang bertanggung jawab dan berkhidmat demi kebaikan dunia sejagat!



Happy New Year!