Thursday, June 19, 2008
Gotong Royong Perdana 2008 - Apa sumbangan anda?
Aktiviti Gotong Royong Perdana SKJ4 2008 akan dijalankan untuk membersihkan kawasan laluan bagi pintu masuk tambahan. Aktiviti ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Jun 2008 (Hari Sabtu)
Masa: 8-10 pagi
Tema: Keselamatan Keutaman Bersama
Bagaimana anda boleh menyumbang?
Samada anda:
1. hadir dan sama-sama membersihkan kawasan yang ditentukan -pastikan anda membawa peralatan-peralatan yang bersesuaian (cangkul, parang, mesin potong rumput, beg plastik dll)
2. hadir dan menyumbang atau terlibat dalam penyediaan makanan/minuman/kewangan untuk majlis tersebut.
3. tidak dapat hadir tapi menyumbang bantuan (RM) kewangan untuk membuat laluan baru ini.
Datanglah beramai-ramai dan menyumbang ke arah kebajikan anak-anak.
Jumpa nanti ya!
Wednesday, June 18, 2008
Kesesakan yang melampau
Kereta, bas, motosikal, basikal dan murid-murid sama-sama berebut tempat di atas jalan raya!
Pada hari Sabtu ini (21 hb Jun 2008) satu majlis gotong royong akan diadakan bagi membuka laluan tambahan yang diharap akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Thursday, June 12, 2008
Cepatnya cuti berlalu...
Memang cepat sungguh masa berlalu, tiba-tiba saja dah dua minggu! Cuti dah habis, dan kini dah hampir seminggu anak-anak bersekolah semula. Masa terlalu singkat dan cepat berlalu. Sama-samalah berdoa agar anak-anak dapat melalui dunia persekolahan yang menggembirakan dan penuh bermakna.
Banyak lagi posting yang masih dalam pipeline, hepefully I will be able to get them posted soon. Bagi mereka yang berminat untuk menulis kepada blog ini, idea dan penulisan anda amat dialu-alukan. Hubungilah saya atau mana-mana AJK PIBG kita.
Thursday, May 22, 2008
Selamat Bercuti
Tapi ingat, sama-samalah kita mengawasi aktiviti mereka agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak di ingini. Masa cuti yang singkat ini juga haruslah kita menafaatkan agar kita benar-benar dapat 'mengenali' anak-anak kita, maklumlah kebanyakan kita amat sibut dengan tugas seharian dan mungkin tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak ketika musim persekolahan.
Have an enjoyable holiday!!!
p.s
1. PIBG akan meneruskan aktiviti-aktivi pembaikan dan pemulihan insfrastruktur (di mana yang mampu!) sepanjang cuti sekolah untuk keselesaan anak-anak bila kembali bersekolah selepas cuti nanti.
2. Terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberikan cadangan-cadangan melalui ruangan 'comment' di blog ini, insyALlah kita akan sama-sama meneliti komen-komen tersebut dan menjalankan pembaikan di mana termampu.
Banyak lagi yang perlu kita bantu
Kesiannya... mari kita lakukan sesuatu!
Sekolah yang nampak gah dari luar dan berada dalam lokasi 'middle-class', rupanya telah dibina dengan menggunakan bahan binaan sub-standard dan diterukkan lagi dengan perbuatan-perbuatan men'curi' sebegini! Lopak-lopak sebesar 2 kaki persegi dan sedalam hampir 4 inci bukan saja boleh menyebabkan kecedaraan jika kaki terjerlus, malah juga boleh membahayakan kesihatan kerana debu-debu pasir dan simen sentisa berterbangan keluar dari reakahan-rekahan.
"Kalau kita nak tunggu pihak yang berwajib untuk bertindak, dululah lopak jadi lobang dan mungkin setelah ada anak-anak yang terbolos maka barulah bantuan akan sampai" begitulah bunyi kesimpulan dari kumpulan kami. Resolusi kami ialah, untuk segera bertindak!
Terima kasih kepada pihak GB yang telah membawakan usul ini ke dalam mesyuarat yang lalu dan juga telah sudi membawa kami melawat ke kelas-kelas yang berkaitan. Terima kasih kepada kepada AJK PIBG yang telah berjaya mendapatkan khidmat kontraktor yang sanggup melakukan kerja-kerja rendering sewaktu cuti sekolah minggu depan.
Kos untuk mebaik pulih (mengetuk dan me'render') kelas ialah sebanyak RM 3 500/kelas. Sebagai permulaan kami akan membaik pulih kelas 2C8 , kelas yang paling teruk berlopak (seperti dalam gambar).
Jika ada di kalangan tuan/puan yang ingin menjadi 'sponsor' kepada projek ini, sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan. Bantulah anak-anak untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.
Tuesday, May 20, 2008
Rancangan Sesi 07/08
1. Projek Komunikasi (Pn. Noorhamiza & Pn Lailawati)
2. Projek Keselamatan (Dr.Amin & En. M. Azraai)
3. Projek Akadmik (Dr.Fariza & En.Roslan), dan
4. Projek Penambahan Dana (En.Suwaminathan & En. M Said)
Sebagai permulaan, kami bercadang mengendalikan aktiviti-aktiviti yang bersaiz kecil/sederhana, mampu (doable) dikendali dan dijalankan dalam masa yang singkat memandangkan jadual aktiviti sekolah yang sangat padat. Posting berikutnya akan memaparkan sebahagian dari aktiviti-aktiviti tersebut.
Please come back for more update!
Kenali AJK PIBG sesi 2007/08
Penasihat: PN. HJH ASNANIAR BT. HJ ALIAS (Guru Besar SKj4)
YDP: DR. MAZALAN B. KAMIS: mazalan.kamis@gmail.com
Naib YDP: EN. ABU DARDA B. OMAR: abudardaomar@aism.edu.my
Setiausaha: PN. SALAMIAH BT. HASAN (guru): salamiahhasan@yahoo.com.my
Bendahari: CIK ZARIFAH YASRANI BT. ZULKEFLE (guru): takkyas@yahoo.com
Naib Bendahari: PN. HATIMAH B. HAMID: hatimah@anm.gov.my
AJK Ibu Bapa:
DR. AMINUDDIN B. HASSAN: aamin@educ.upm.edu.my
DR. FARIZA BT. MD SHAM: farisham@ukm.my
EN. V.S. SUWAMINATHAN:
EN. ROSLAN B. MOHAMED: roslanbadcmy@hotmail.com
PN. NOOR HAMIZA BT AZAHAR: miza@mmu.edu.my
PN. LAILAWATI BT HUSAIN: lailawati@bheuu.gov.my
AJK Guru:
EN. NORULAZMAN B. MOHD NOOR: man-pekan@hotmail.com
EN. MOHD KAMARUL B. YUNUS:
PN. NOR FADILAH BT. SAAT:
PN. SHARIFAH BT. AB. MAJID: sharifahnizar@yahoo.com
PN. MAZNAH BT. EMBONG: Maznah_5@yahoo.com.my
PEMERIKSA KIRA-KIRA:
EN. MOHD SAID B. JAAFAR: saidj@technip.com
EN. MOHD AZRAAI B. MD AZNAN: mama@anm.gov.my
Monday, May 19, 2008
Selamat Datang Warga SKj4
Blog ini blog anda, gunakan lah ia sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.
YDP PIBG 07/08