Thursday, May 22, 2008

Selamat Bercuti

Selama dua minggu bermula dari 24 May hinggalah 7 Jun anak-anak bercuti sekolah. Memang jelas kelihatan wajah-wajah gembira di hari akhir persekolahan, maklumlah mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti-aktivi lain.

Tapi ingat, sama-samalah kita mengawasi aktiviti mereka agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak di ingini. Masa cuti yang singkat ini juga haruslah kita menafaatkan agar kita benar-benar dapat 'mengenali' anak-anak kita, maklumlah kebanyakan kita amat sibut dengan tugas seharian dan mungkin tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak ketika musim persekolahan.

Have an enjoyable holiday!!!

p.s

1. PIBG akan meneruskan aktiviti-aktivi pembaikan dan pemulihan insfrastruktur (di mana yang mampu!) sepanjang cuti sekolah untuk keselesaan anak-anak bila kembali bersekolah selepas cuti nanti.

2. Terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberikan cadangan-cadangan melalui ruangan 'comment' di blog ini, insyALlah kita akan sama-sama meneliti komen-komen tersebut dan menjalankan pembaikan di mana termampu.

No comments: