Tuesday, May 20, 2008

Rancangan Sesi 07/08

Berdasarkan kepada usul-usul yang telah disampaikan oleh tuan/puan melalui Mesyuarat Agung yang lepas, pihak PIBG telah membuat keputusan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk sesi ini berdasarkan projek (project-based). Sebanyak empat jenis projek telah dikenalpasti iaitu seperti berikut (nama co-leader dinyatakan dalam kurungan) :
1. Projek Komunikasi (Pn. Noorhamiza & Pn Lailawati)
2. Projek Keselamatan (Dr.Amin & En. M. Azraai)
3. Projek Akadmik (Dr.Fariza & En.Roslan), dan
4. Projek Penambahan Dana (En.Suwaminathan & En. M Said)
Sebagai permulaan, kami bercadang mengendalikan aktiviti-aktiviti yang bersaiz kecil/sederhana, mampu (doable) dikendali dan dijalankan dalam masa yang singkat memandangkan jadual aktiviti sekolah yang sangat padat. Posting berikutnya akan memaparkan sebahagian dari aktiviti-aktiviti tersebut.

Please come back for more update!

5 comments:

mnazir said...

Tahniah di atas usaha PIBG dan sekolah melancarkan blog ini.
Selamat Maju Jaya.
mnazir4c7

Abu Darda said...

Juga ingin dimaklumkan di sini, projek membaikpulih bilik darjah 2C8, akan dijalankan pada masa cuti sekolah ini. Saya telah membuat lawatan ke bilik darjah tersebut untuk mendapatkan sebuat harga dari seorang kontraktor, mendapati keadaannya amat teruk dan tidak selesa untuk para pelajar belajar. Pintu tandas lelaki di tingkat satu juga akan ditukar kerana telah mengalami kerosakan. Seandainya ada para ibubapa yang ingin menyumbang untuk PIBG sekolah, ianya amat dialu-alukan.

Emm Zek said...

Tahniah kepada semua AJK PIBG yg terlibat dalam pembikinan blog ini terutama kepada YDP PIBG SKJ4, BBB. Semoga blog ini akan digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi pencapaian murid dalam peperiksaan dengan kata-kata semangat dan motivasi daripada ibubapa dan AJK PIBG selain daripada guru-guru semasa di sekolah. Juga semoga dengan adanya blog ini akan menambahkan lagi penyertaan ibubapa dalam aktiviti PIBG.

Wassalam,
MZ

sitinorsamsiah said...

Sungguh terharu dengan kesungguhan pihak PIBG dan sekolah merealisasikan blog ini. Semasa mesyuarat PIBG tempohari, ada dibincangkan mengenai website sekolah dan juga ada cadangan mengenai blog. Tak sangka begitu cepat blog ni siap, ialah, semua orang sibuk, kalau tak betul2 fokus, mmg tak jadi.
Saya betul-betul menghargai mereka yang telah bekerja keras. Tahniah!

Sitinor, 4/11C

Nazri Omar said...

Tahniah diucapkan kepada PIBG yang mengadakan blog ini sebagai ruangan untuk sumbangsaran ke arah memajukan lagi pencapaian akademik anak-anak SKJ4. Ingin saya mencadangkan agar minit mesyuarat PIBG yang lalu diedarkan untuk pengetahuan ibubapa yang tidak berpeluang hadir. Ini akan membolehkan ibubapa lebih mengikuti perkembangan aktiviti PIBG itu sendiri.

Selamat memulakan penggal kedua persekolahan untuk semua murid dan guru SKJ4.

Nazri Omar