Thursday, May 22, 2008

Banyak lagi yang perlu kita bantu



Untuk makluman semua, kita telah pun berjaya menurap semula kelas 2c8/4c8 dengan jaya semasa cuti sekolah yang lalu dan kini anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Kos keseluruhan ialah sebanyak RM3 500.
Sewaktu menjalankan kerja-kerja penambahbaikan tersebut, kami juga dapati terdapat beberapa buah pintu tandas yang amat teruk keadaannya (lihat gambar) dan telah pun meminta pihak kontraktor yang sama untuk memasangkan pintu-pintu yang baru. Tiga buah pintu telah dipasangkan dan harga keseluruhannya ialah sebanyak RM 800.
InsyaAllah, gambar sebelum dan selepas penambahbaikan ini akan disiarkan di blog ini sedikit masa lagi.
Nampaknya kita perlu menambah dana tabungan kita untuk membolehkan kita menjalankan banyak lagi aktiviti-aktiviti. Jadi bagi anda yang sudi untuk berderma silalah berbuat demikian. Sebagai menyahut cadangan yang dihantarkan kepada blog ini, no akaun bank telah pun disiarkan di panel sebelah kanan blog untuk membolehkan segala derma disalurkan.
Let's do it for our children...

1 comment:

sitinorsamsiah said...

Ya ke? Nasib baik cerita betulkan pintu sekali, ingat masa cuti tempohari betulkan lantai aje. Tkasih di atas keprihatinan PIBG & sekolah.
Dlm comment sebelum ni, sy ada kt anak sy kelas 4C8 kt lantai dah ok. Lupa pula nak minta letakkan gambar lantai yg dah ok. Klau ada gambar, rs seronok pula.
Thanks.

Sitinor, Jln 4/11C