"Kesiannya..." itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut kami apabila dibawa oleh Pn GB melawat kelas-kelas dengan lantai yang dipenuhi lopak-lopak.
"Inilah akibatnya apabila pemaju 'curi' simen" mencelah salah seorang dari kami.
Sekolah yang nampak gah dari luar dan berada dalam lokasi 'middle-class', rupanya telah dibina dengan menggunakan bahan binaan sub-standard dan diterukkan lagi dengan perbuatan-perbuatan men'curi' sebegini! Lopak-lopak sebesar 2 kaki persegi dan sedalam hampir 4 inci bukan saja boleh menyebabkan kecedaraan jika kaki terjerlus, malah juga boleh membahayakan kesihatan kerana debu-debu pasir dan simen sentisa berterbangan keluar dari reakahan-rekahan.
"Kalau kita nak tunggu pihak yang berwajib untuk bertindak, dululah lopak jadi lobang dan mungkin setelah ada anak-anak yang terbolos maka barulah bantuan akan sampai" begitulah bunyi kesimpulan dari kumpulan kami. Resolusi kami ialah, untuk segera bertindak!
Terima kasih kepada pihak GB yang telah membawakan usul ini ke dalam mesyuarat yang lalu dan juga telah sudi membawa kami melawat ke kelas-kelas yang berkaitan. Terima kasih kepada kepada AJK PIBG yang telah berjaya mendapatkan khidmat kontraktor yang sanggup melakukan kerja-kerja
rendering sewaktu cuti sekolah minggu depan.
Kos untuk mebaik pulih (mengetuk dan me'
render') kelas ialah sebanyak RM 3 500/kelas. Sebagai permulaan kami akan membaik pulih kelas 2C8 , kelas yang paling teruk berlopak (seperti dalam gambar).
Jika ada di kalangan tuan/puan yang ingin menjadi 'sponsor' kepada projek ini, sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan. Bantulah anak-anak untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.