Thursday, May 22, 2008

Kesiannya... mari kita lakukan sesuatu!

"Kesiannya..." itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut kami apabila dibawa oleh Pn GB melawat kelas-kelas dengan lantai yang dipenuhi lopak-lopak. "Inilah akibatnya apabila pemaju 'curi' simen" mencelah salah seorang dari kami.

Sekolah yang nampak gah dari luar dan berada dalam lokasi 'middle-class', rupanya telah dibina dengan menggunakan bahan binaan sub-standard dan diterukkan lagi dengan perbuatan-perbuatan men'curi' sebegini! Lopak-lopak sebesar 2 kaki persegi dan sedalam hampir 4 inci bukan saja boleh menyebabkan kecedaraan jika kaki terjerlus, malah juga boleh membahayakan kesihatan kerana debu-debu pasir dan simen sentisa berterbangan keluar dari reakahan-rekahan.

"Kalau kita nak tunggu pihak yang berwajib untuk bertindak, dululah lopak jadi lobang dan mungkin setelah ada anak-anak yang terbolos maka barulah bantuan akan sampai" begitulah bunyi kesimpulan dari kumpulan kami. Resolusi kami ialah, untuk segera bertindak!

Terima kasih kepada pihak GB yang telah membawakan usul ini ke dalam mesyuarat yang lalu dan juga telah sudi membawa kami melawat ke kelas-kelas yang berkaitan. Terima kasih kepada kepada AJK PIBG yang telah berjaya mendapatkan khidmat kontraktor yang sanggup melakukan kerja-kerja rendering sewaktu cuti sekolah minggu depan.

Kos untuk mebaik pulih (mengetuk dan me'render') kelas ialah sebanyak RM 3 500/kelas. Sebagai permulaan kami akan membaik pulih kelas 2C8 , kelas yang paling teruk berlopak (seperti dalam gambar).

Jika ada di kalangan tuan/puan yang ingin menjadi 'sponsor' kepada projek ini, sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan. Bantulah anak-anak untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.








5 comments:

Roving journalist said...

Syabas kerana sekolah mengambil initiative utk memperbaiki lantai kelas sekolah.
Saya memang perasan ada beberapa kelas berlubang dan memang risau mengenai kebajikan anak-anak kita.

Cuma saya khuatir tindakan utk memperbaiki kelas ini patut diadakan atau tidak.

Alasan saya, seperti post asal ini mungkin kerana kontraktor cut the corners untuk membuat sekolah, iaitu, tidak menggunakan simen yang cukup.

Oleh itu saya rasa patut perkara ini dilapurkan kepada Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Pendidikan dahulu agar boleh diambil tindakan.

Dengan menutup atau mensimenkan semula akan menyebabkan kita menutup kes ke atas kontraktor.

Utk makluman pihak BPR sekarang mempunyai kemahiran mereka sendiri kerana mereka mempunyai penyiasat yang pandai dalam hal ehwal pembinaan.

Oleh itu cadangan saya, sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat, lapurkan dulu kepada pihak berkuasa. Dengan ini diharapkan kontraktor terbabit boleh dikenakan tindakan

sitinorsamsiah said...

Kelas 2C8 ni kelas petang, kalau pagi kelas 4C8. Anak saya memang di dalam kelas 4C8.
Anak saya kata mmg ramai guru samada lelaki atau perempuan yang hampir tersungkur kerana lubang-lubang tersebut. Kalau murid-murid kelas tersebut, mereka boleh elak kerana dah boleh agak lubang ada di mana.
Saya rasa sebelum pembaikan dibuat masa cuti sekolah nanti, baik diambil gambar kelas yang rosak sebagai evidence.
Jadi 'win-win' situation, kelas cepat baik, warga sekolah gembira, dan kalau nak rujuk kepada BPR pun boleh.

Sitinor, 4/11C
p/s. kalau nak donate, apa account no.?

Atai 1970 said...

Untuk makluman, Akaun Bank PIBG SKJ4 menggunakan perkhidmatan CIMB Bank Bhd.

Mohd Azraai

sitinorsamsiah said...

Tkasih atas maklumbalas tersebut. Dlm comment ni dinyatakan bank, tp kat front page pd sumbangan details, kenapa letak acct. no dan nama saja? Mungkin terlepas pandang. Minta letakkan nama bank di situ juga.
Alhamdullilah, setelah sekolah dibuka kembali minggu lepas, anak saya yang kelas 4C8 memberitahu lantai kelas dah ok. Tak ada lubang2. Tkasih pada pihak yg membuat perancangan dan perlaksanaan.

Sitinor
Jalan 4/11C

Anonymous said...

terima kasih kepada pihak yang perihatin membaiki lantai bilik darjah di skj4.
saya selaku guru di skj4 sudah sedia maklum dengan keadaan tersebut..kadang2 sy sendiri hampir tersadung bila kasut masuk dalam lubang yang dikatakan agak dalam jugal la..