Monday, May 19, 2008

Selamat Datang Warga SKj4


Assalamualaikum dan Selamat Datang kepada semua warga SKj4 ke blog komuniti ini. Blog ini diujudkan khas sebagai meningkatkan jalur komunikasi di antara kita semua warga SKj4 BBBangi dengan pihak sekolah serta PIBG. Anda semua dijemput untuk meninggalkan komen atau berinteraksi secara online tentang sebarang perkara yang boleh membantu meningkatkan kesefahaman diantara kita semua dengan pihak sekolah.Semuga dengan kesefahaman yang dapat terjalin nanti akan meningkatkan lagi keupayaan untuk anak-anak kita meningkatkan ilmu dan mendapat pendidikan berkesan di sekolah.
Blog ini blog anda, gunakan lah ia sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.
Jemput masuk,
YDP PIBG 07/08

17 comments:

Abu Darda said...

Assalamualaikum...
Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG kita Dr Mazlan kerana berjaya mengujudkan bolg PIBG-SKj4, untuk digunakan oleh ibubapa dan para guru mengutarakan idea-idea bernas atau memberikan komen-komen positif yang mampu memajukan SKj4 dan meningkatkan prestasi akademik anak-anak kita. Harapan saya blog ini akan menjadi wadah berguna untuk warga SKj4 berinteraksi khususnya ibubapa-guru, juga sesama ibubapa untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain.
Tahniah sekali lagi dan terima kasih Dr Mazlan.

Abu Darda Omar

Unknown said...

Tahniah diatas kejayaan menubuhkan Blog ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada ibubapa sekelian.

Roving journalist said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang guru dan ibubapa berinteraksi.

Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG, Dr Mazlan kerana mengujudkan blog ini untuk warga SKJ4.

Diharap dengan adanya blog ini kita dapat bertukar pandangan untuk pembangunan pendidikan anak-anak kita.

Saya juga berharap, yang segala pandangan dapat diterima secara positif dan saya juga sanggup menerima apa-apa teguran sekiranya saya salah, kerana saya percaya sebagai stakeholder utk anak-anak kita ingin melihat yang terbaik untuk sekolah.

Oleh itu, saya mempunyai satu pandangan/teguran sedikit mengenai kebajikan anak saya di darjah satu.

Agak kerap juga dinyatakan buku rampaian anak saya terutama bagi subjek Matematik dan English dikatakan hilang, sedangkan anak saya kata dia telah beri pada cikgunya.

Kemudian, masing-masing buku itu dipulangkan kepada anak saya oleh gurunya beberapa hari kemudian.

Minggu ini, cikgu Matematiknya menyatakan buku anak saya tak ada.Kali pertama,berlaku pada bulan March. Akhirnya, buku itu dijumpai oleh cikgunya dan diserahkan balik kepada anak saya.Dan ini menjadikannya kali kedua.

Bukan menjadi niat saya untuk menuduh mana-mana cikgu kerana mungkin ada juga kelemahan di pihak anak saya, tetapi anak saya di sini telah puas mencari bukunya di rumah, tetapi tidak jumpa.

Diharapkan perkara ini dapat diambil perhatian pihak sekolah dan cikgu kerana anak saya ini di tahun 1 dan perlu untuk cikgu membimbingnya.

Saya cadangkan cikgu harus memeriksa, dan mengira buku-buku yang telah diberi oleh murid-murid sebelum keluar kelas, dan sebelum pulang pastikan ianya cukup bilangannya.Ini boleh mengelakkan lapuran buku hilang etc.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya teguran ini dipandang agak negatif, tetapi niat saya adalah utk menyampaikan dan kalau boleh diperbaiki bukan sahaja di peringkat sekolah dan guru tetapi juga di pihak saya sebagai ibu bapa.

sitinorsamsiah said...

Tahniah diatas beroperasinya blog ini. Saya dah baca posting AJK PIBG, mmg telah disertakan e-mail address mereka, tapi saya rasa, kekadang ada perkara yang common yg nak diketahui ramai, jd instead kita e-mail to individu tersebut, ada baiknya buat comment di sini.
Saya dah baca posting Rancangan 07/08, mungkin for a start kita boleh categorise posting according to komunikasi, keselamatan, akademik dan penambahan dana. Kalau perlu, boleh tambah beberapa kategori lain yg sesuai eg. umum. Ala-ala forum, ada moderator utk setiap posting.
Kalau comment en. abdul hafiz sebelum ni, mungkin boleh buat under posting akademik.
Saya sebenarnya pun nak buat beberapa comment mcm nametag murid etc, tp tak sure kat posting mana, takut nanti jd caca-marba nanti.
Looking forward to the changes.

Sitinor, 4/11C

Sinar NurCahaya said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dan tahniah kepada YDP PIBG atas kewujudan blog seumpamanya ini bagi memudahkan pihak ibubapa berinteraksi dan memberi pandangan dan berkongsi masalah persekolahan anak masing-masing.

Syabas, sama-samalah kita memanfaatkan dan mengunakan blog ini sebaik mungkin demi kebajikan anak-anak kita....

Sarina

sitinorsamsiah said...

Sy sedikit sibuk dan tidak sempat masuk ke laman blog ni dlm 2 minggu. Apabila berkesempatan, saya cuba access tp laman blog tidak wujud lagi. Double check address, rs mcm betul tp heran juga kenapa laman blog tak keluar juga.
Petang ni baru perasan ada banner kat pagar sekolah yg publish blog address yg baru. Barulah tahu cerita.

Sitinor, Jalan 4/11C

sitinorsamsiah said...

Sy tengok dah ada labels dlm blog ni, maknanya senang sikit kita nak zoom ke area mana yg kita nak comment.
Sy nak tanya pasal nametag, tp tak sure kat mn, sy letak kat sini ajelah.
Anak sy Thn 2 order namegtag dari guru kelas. Anak sy Thn 4, awal thn tak buat nametag. Sy rs murid sesi ptg cikgu tolong orderkan, tp murid sesi pg buat sendiri. Sy tanya pejabat pun mereka suruh pergi kedai buat sendiri.
Sy tanya anak sy nametag Thn 4 warna apa, dia kt ada murid Thn 4 yg pakai nametag warna pink, kuning dan purple. Confuse. Boleh ke sesiapa clarify? Bukan ke murid Thn 1 - Thn 6 menggunakan warna yg berlainan.

Sitinor, Jalan 4/11C

suhibah said...

Assalamualikum,
tahniah kerana mewujudkan laman blog nie...
bolehlah digunakan untuk informasi terkini dan cadangan untuk meningkatkan kerjasama ibubapa dan guru untuk kepentingan bersama dalam melahirkan generasi yang berquality....

suhibah said...

Assalamualaikum,
Saya ade satu masalah yang masih belum terjawab....masalah beg berat yang ditanggung oleh anak2 kita.
Perkara ini sudah lame dan pernah diusulkan dalam meeting BIPG tahun lepas...tapi sampai sekarang masih lagi tiada penyelesaian.Walaupun setiap hari telah mengikut time table tapi masih banyak buku yang perlu dibawa..kerana setiap subjek terlalu banyak buku yang perlu dibawa.Sebelum ni ade cadangan yang mengatakan akan diadakan locker untuk setiap murid.Dan cadangan itu telah dipersetujui tetapi sampai sekarang masih belum ade tanda2 yang cadangan itu akan dilaksanakan...
Saya harap pihak tuan dapat menjelaskan tatus permasalahan tersebut.

Terinmakasih.

Suhibah
jalan 4

Unknown said...

Assalamualaikum. Tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan blog ini. Saya ingin mencadangkan pihak sekolah dan PIBG menganjurkan program gotong royong untuk membersihkan kawasan-menunggu bas. Penjual-penjual ais kerim hendaklah memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar.Juga, bumbung tempat menunggu bas hendaklah dibaiki untuk mengelakkan kemalangan sekiranya genting/bumbung tersebut jatuh.Sekian. Terima kasih.

Aishah said...

Assalamualaikum,
Tahniah kepada AJK PIBG dan SK Jln 4 kerana berjaya menghasilkan blog yang kemas dan teratur.

Semasa mesyuarat PIBG baru-baru ini, terdapat cadangan untuk mewujudkan sukarelawan atau volunteers dari kalangan ibubapa. Tumpuan nampaknya diberikan kepada mereka yang mempunyai kepakaran. Orang yang pakar selalunya tiada masa. Apa kata ruang dibuka juga kepada yang bukan pakar tapi mereka yang ada masa dan berminat untuk membantu sambil belajar. Sebagai contoh, sukarelawan yang pakar boleh mengajar mereka yang tidak pakar untuk mengemaskini laman blog ini...

Wan Nor Aishah

K Bahari said...
This comment has been removed by the author.
K Bahari said...
This comment has been removed by the author.
Laksamana said...

TAHUN 2009 ini, jadikan SK Jalan 4 mendapat keputusan UPSR yang Cemerlang dan tiada murid yang mendapat C, D atau E bagi semua matapelajaran . A dan B sahaja Matlamat sekolah. Harap berjaya

Anonymous said...

Tahniah kepada PIBG,kerana kelahiran blog ini.
di harapkan, semua pihak dapat menggunakannya sebaik mungkin.

K Bahari said...
This comment has been removed by the author.
Dzulphg said...

Assalamualaikum,

Takziah kepada warga SK Jalan 4 atas kembalinya ke rahmatullah, Allahyarham Cikgu Mohd. Razi bin Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannatul Firdaus. Al-Fatihah..